Assalamualaikum,
Hari ini nak share resipi Buttermilk Chicken @ Ayam Masak Butter.
Bahan-bahan :
- Ayam potong dadu (bahagian isi) / yang kecik-kecik
- Tepung Bestari
- Bawang holland (1 biji)*
- Bawang putih (3 ulas) optional*
- Cili padi (3 batang. nak pedas lagi tambah la)*
- Daun kari*
- Susu cair
- Tepung Jagung
Cara Masak :
- Gaulkan ayam dengan tepung bestari. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut. Dah selesai menggoreng, ketepikan (tos ayam)
- Di kuali yang lagi satu, ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, kemudian tumiskan bahan yang bertanda * hiris bawang holland, bawang putih, cili padi dan daun kari)
- Selepas naik bau, masukkan susu cair ikut banyak mana yang anda suka.
- Kemudian,larutkan tepung jagung dalam air. Semasa susu dan menggelegak, masukkan susu tepung.
- Letak ayam yang telah digoreng ke dalam kuali. Perasakan garam dan secukup rasa. Gaulkan rata semua.
- Makanan telah siap untuk dimakan bersama nasi panas. Sedapnya!
Tips :
Kalau belum nak makan lagi, jangan terus campurkan kuah butter dengan ayam.
Nak nampakkan lagi menarik, taburkan cili merah pada hidangan ayam butter anda.
Selamat mencuba !
0 Comments